Pusat rawatan kami berkonsepkan Hospital tapi apa yang kami lakukan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar semua nya secara Ghaib dan tidak penggunakan jin atau pendamping semua
perubatan kami hanya memohon pada yang satu iaitu Allah semuanya atas Izinnya.
- Sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantung, asma, kanser, darah tinggi, kencing manis, dll. )
- Sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.)
- Masalah akhlak atau perubahan sikap
Ingatlah bahawa :
"Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit rohani dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar ini sangat masyhur semasa zaman kegemilangan Islam. Tetapi setelah sekian lama, ramai dikalangan umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mukjizat Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit."
*Pembedahan secara batin :
- Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tidak perlu membuat “by-pass surgery”
*Penyakit rohani (spritual illness) :
- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati penyakit-penyakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).
*Penyakit gangguan makhluk halus :
- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka akan terganggu, dan kadang-kala “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka merasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Apaila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.
- Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus,jin tersebut perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah s.w.t). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, rawatan disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran.
*Gangguan Sihir :
- Ada banyak jenis gangguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pasangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu untuk melemahkan tenaga batinnya dan juga untuk mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan.
- Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu. . Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasukkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.
- Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri supaya dapat mengahwini suami atau isteri pasangan tersebut.
*kemudian perlu diiringi dengan keyakinan dan terus berusaha. Doa', usaha, Istiqamah dan Tawakal pada Allah S.W.T.
Hal ini kerana dalam ayat Al-quran sendiri sudah menyatakan tiada penyakit yang tiada penawarnya.
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)"
Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T, yakin dengan nya, reset minda, moga disembuhkan segala penyakit yang dialami. amiin. Sentiasalah zikrullah dalam hati .